Saturday, September 6, 2014

KERAJAAN PERLU LEBIH FOKUS PERUMAHAN UNTUK BELIA BANDAR

Saya ingin membuat penegasan disini kepada Kerajaan supaya memberikan penekanan dan lebih fokus terhadap keperluan belia bandar khususnya bagi yang sudah berkahwin. Generasi muda akan berdepan dengan krisis kesukaran untuk memiliki rumah sendiri akibat kebanyakkan pemaju yang memfokuskan kepada perumahan mewah untuk mengaut keuntungan yang tinggi. Telah terbukti bahawa melalui analisis kajian dan penganalisis ekonomi negara Prof. Dr. Amir Baharuddin yang menyatakan pada tahun 2013, harga rumah di Malaysia dilaporkan telah meningkat sehingga mencecah 30% berbanding tahun 2012. Tambahan pula, Harga di Malaysia naik pada suku pertama tahun 2014 pada sekitar 8%. Hal ini mengakibatkan dan besar kemungkinan bahawa orang muda kita terpaksa menyewa rumah sehingga ke akhir hayat gara-gara harga rumah yang tinggi disamping kos sara hidup juga meningkat.

Di bandar seperti di Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor Bahru dan Pulau Pinang rata-rata harga melebihi daripada RM350,000 seunit  dan kajian dibuat belia yang inginkan kediaman di dalam kawasan bandar sekurang-kurangnya memerlukan pendapatan sekitar RM5,000.00 sebulan bagi melayakkan pinjaman untuk membeli rumah. Tetapi dari kadar pendapatan kelompok gaji orang  muda sekarang majoritinya diantara RM1,500.00 sehingga RM3,000.00 dan mana mungkin mereka mampu untuk membeli rumah walaupun dicampurkan dengan suami isteri kerana kengkangan mengharungi kehidupan bandar yang serba serbi memerlukan kos pembayaran yang agak tinggi.

Saya mencadangkan kepada kerajaan supaya melihat kembali ke atas beberapa perkara yang mungkin boleh dijadikan sandaran supaya seidikit sebanyak dapat menyelesaikan permasalahan dan cabaran ini dengan:-

1)    Memperhalusi kembali polisi yang sedia ada supaya mengetatkan ke atas pelabur asing dalam memiliki hartanah khususnya dibandar

2)  Melihat kembali skim Malaysia MySecond Home (MM2H) di bawah Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan perlu diperhalusi kembali khususnya di bandar-bandar agar tidak dimanipulasi oleh mana-mana badan yang mempunyai kepentingan sendiri dan semestinya pemaju mengaut keuntungan yang lebih besar dengan menggunakan skim MM2H dan pelancong yang ingin migrasi ke Malaysia.
  
3)   Mengambil tindakan yang tegas kepada pemaju yang tidak mengutamakan orang tempatan/warganegara dan keuntungan perlu dikawal selia serta kerjasama melalui agensi-agensi kerajaan yang terbabit supaya kerajaan mampu mengawal harga pasaran dan bukan menolak tanggungjawab pemaju 100%

4)   Mempertimbangkan tambahan cadangan melaksanakan skim Rumah Pertamaku dengan menghapuskan atau mengurangkan kadar faedah bagi kesemua pinjaman perumahan bagi rumah pertama

5)    Mempertimbangakan supaya tiada deposit yang dikenakan bagi rumah pertama yang dibeli khususnya dibandar.

6)    Menggesa agar kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya di bandar-bandar menyediakan tanah kepada pemaju perumahan awam untuk mewujudkan prasarana keperluan asas kepada golongan muda  daripada menjual kepada konsesi swasta.

7)    Kerajaan perlu tegas didalam kadar had pembelian pukal oleh syarikat-syarikat hartanah/individu supaya pemaju tidak berkompromi dengan mereka dan ini adalah salah satu cara membuat keuntungan atas angin terhadap penjualan rumah melalui manipulasi syarikat hartanah.

8)    Kerajaan perlu mengawal pemilikan rumah oleh warg asing dan PR khususnya dibandar-bandar besar   


Saya berharap agar Kerajaan dapat meneliti satu persatu cadangan ini agar manfaat ini dapat dinikmati oleh rakyat disamping membendung lonjakan harga rumah yang tidak terkawal. sekian

No comments:

Post a Comment