Friday, November 7, 2014

TERIMA KASIH PENGUNDI PUTRAJAYA,SAYA JADI WAKIL ANDA DI PARLIMEN BELIA


Bersama Ahli Parlimen Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur


Selamat Berakhir Sesi Pengundian untuk Daftar Pemilih, Terima Kasih diucapkan kepada pengundi-pengundi saya di Putrajaya dan ada yang sedih serta terus menerus mencuba mengundi saya sebab terlupa password, email dan katalaluan;tidak mengapa ada Hikmah yang Allah ingin berikan pada kita semua. Saya yakin bahawa kemenangan ini adalah disebabkan saya selalu bersama belia-belia di kawasan Putrajaya dan juga ikhlas kita untuk belia - belia disini.Kejayaan menguasai keputusan 58.65% adalah undian tertinggi melangkaui calaon-calon lain dan ini membuktikan saya adalah calon yang terbaik untuk Putrajaya.

 Peratusan Undian Calon Ahli Parlimen Belia Putrajaya



Peluang ini adalah juga untuk memastikan saya di landasan yang betul untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang, saya akan pastikan usaha itu tercapai. Terima Kasih Kerana Memilih! Saya bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan hasil usaha semua bantuan dari rakan2,jentera dan sahabat2 saya di seluruh Putrajaya saya terpilih menjadi Ahli Parlimen Belia Kawasan Putrajaya. Ceritanya disini, tiada kesepakatan dan kesatuan, kita tidak mampu menggapai apa yang di impikan dan pastikan ianya bermula dari bawah, Jawatan ini bukanlah utk saya tetapi adalah untuk semua pengundi dan belia di Putrajaya, saya hanyalah wakil untuk anda. Syabas juga diucapkan kepada seluruh rakan-rakan di negeri-negeri lain. Saya akan pastikan bahawa Isu anda adalah isu saya yang saya akan ketengah di Parlimen Belia Kelak!!!!


Kemenangan Ahli Parlimen Belia Bersama Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan Saudara Hamizi Mat Juah

No comments:

Post a Comment